Friday, September 16

I BELIEVE



When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan MakkiMelody: Irfan Makki & Maher ZainArrangement: Maher Zain

I believe that Allah will always be with us.


PANCARAN TARBIYAH KEMBALI


…… بسم الله الحمن الرحيم والحمد لله

Alhamdulillah…untuk kesekian kalinya blog ini terasa dihargai…
Sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan di awal semester yang masih terasa kemeriahan syawalnya…


…..Seronoknya menjadi murabbi….

Untuk menyampaikan sesuatu tak perlu menjadi seorang yang perfect, kerana apa yang Rasulullah ajarkan :
sampaikan dariku walau satu ayat
Oleh itu sesuatu kerja yang kita ingin lakukan perlulah ada sikap dan approach yang positive
Kerana disitu akan ada suatu semangat untuk sentiasa melakukannya sehingga berjaya.
Kata Hassan Al banna:
The main role of murabbi is caring”
So, dengan sikap ‘caring’ yang kita miliki kita gunakan dengan baik sehingga hasilnya boleh membuatkan mutarabbi itu kasih dan sayang kepada kita.
Sesungguhnya Iman itu sangat manis,
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Apakah kita merasai saat kemanisan iman itu ???
Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Moga kita sentiasa semangat untuk menyampai risalah ini dan terus thabat di JALAN INI…


*khusus buat akhawat.

Saturday, July 9

CHICKEN CHOP SEDAP : P

Buat pertama kali “pergi” belajar memasak memang saat yang menggembirakan.
Selalunya nak belajar masak tak payah pergi jauh-jauh..huhu…tunggu rajin je..
Tapi bila dah ada kursus masakan di kolej komuniti baling ni, tak dapat la nak lepaskan peluang cuba je la. Walaupun hanya dapat belajar buat chicken chop tapi berbaloi.
Best!!
Apa yang penting dapat juga berukuwah dengan mak cik-mak cik yang datang. yup,berukhuwah memang seronak, dapat berkongsi pengalaman, dapat mengenal jenis-jenis orang dan yang terutamanya adalah “bersilaturrahim”..moga ianya berkekalan.
Jangan lupa Allah juga mengesyorkan umatNya sentiasa berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Ok, berbalik kepada chicken chop semula,
Memang amat menyukarkan pada awalnya, perlukan kerja yang amat teliti. Apa yang penting adalah “usaha”.Usaha kita untuk memegang pisau, memotong ayam dengan cara yang tersendiri, mengenalpasti tahap masaknya ayam dan banyak lagi..(tapi kalau orang yang dah cekap senang je la). It’s ok, sebab saya baru belajar. Di sini perlu ada niat yang jelas.
So, bila niat dah betul, InsyAllah ,Allah pasti menolong nya.
Apapun setiap apa yang hendak dilakukan perlu niat yang jelas. Even dalam memasak.Dalam hadith 40, hadith pertama ada di sebutkan mengenai niat.
"إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل إمرى ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته الى ما هجر اليه"
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Btw, bila semuanya selesai, Inilah hasilnya :P


*disini ada chicken chop+sosnya, coslow, kentang goreng dan sayur goreng rangup. Kalau nak di hidangkan macam ni lah bentuknya.

*tak lupa juga bawak bekal balik..hehe, orang di rumah perlu rasa air tangan ini.

ADA APA DENGAN CINTA??


Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta dan mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia iaitu “Cinta daripada sang Pencipta”. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.
Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta, ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?
Janganlah sekali-kali kita menyisihkan Cinta Ilahi kerana cinta manusia hanya seketika sebaliknya cinta Ilahi selamnya abadi.
Adaptasi dari tazkirah iloveislam.

”THAHARAH” PENTING DALAM MEMBENTUK PERIBADI MUSLIM

Indahnya pengenalan kita, as a muslim, dengan thaharah kerana salah satunya adalah beza antara bersih dan suci. Pada kita suci adalah tinggi dari bersih. Untuk beribadat kita perlu “menyucikan” diri dari hadas. Membersihkan diri tidak cukup untuk menjadi suci.
Allah sgt cinta kepada orang-orang yang bertaubat dan suci bersih.
Dalam Fiqh ibadah sendiri, perkara pertama yang disebut adalah mengenai Thaharah.
Bila di timbulkan persoalan….
Kenapa sesetengah tandas di masjid sangat kotor??
Allah telah menfardhukan ibadah adalah untuk mengambil hikmah pada ibadah tersebut. Yup, untuk beribadah kita perlu menjaga kebersihan diri.Sepatutnya kita, sebagai individu muslim boleh membawa pengajaran dari solat untuk sentiasa bersih dalam menjaga tandas. Apalagi tandas di masjid. Jika tidak di aplikasikan kebersihan tersebut ianya akan membawa kemudharatan pada keadaan di situ.

~masjid Al-Ehsan Baling,Kedah~
Kalau kebersihan seperti itu pun tak dapat di jaga, bagaimana dengan diri sendiri?? Kerana kita adalah sangat berharga. Jiwa pun mesti bersih.
Begitu juga dengan Alam. Alam juga perlu bersih.
Bagaimana nak menjaga alam agar sentiasa bersih?
Jika kita berada dalam masyarakat, ‘tak kan kita ja perlu bersih untuk dapatkan environment yg bersih? ye dak?? Tapi kita perlu pengaruhi jiran-jiran untuk sentiasa bersih as a result akan dpt suasana persekitaran yg bersih.
Cuba kita lihat di Negara lain (yang bukan dari pentadbiran islam), Negara mereka bersih adalah disebabkan nilai Islam yang mereka gunakan sebaliknya di negara kita, ilmu islam ada, tapi tak ada praktikal untuk mengamalkan ilmu tersebut.
“Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”
Amalan adalah sangat penting, So,bila seseoarng yang rajin beramal dengan ilmu yang dia punyai akan memperoleh suasana yg baik.
Di samping itu juga, kita perlu selalu memikirkan soal kesihatan, kerana ianya berkaitan dengan benda hidup di muka bumi ini,
“Hablum minallah dan habluminannas”
‘Berhubunglah dengan Allah dan manusia’
Sebagai seorang muslim yang baik, kita juga perlu ada hubungan antara manusia dan jalinan antara masyarakat.
Jadikanlah hari-hari lalu, yang penuh dengan kekotoran dengan motivasi yang tinggi.
~salam keperibadian muslim~
^_^
Post kali ini bicara dari program “ASSALAMUALAIKUM” tv AL-hijrah, dan tambahan dari sesi “manusia dan kebenaran”

Monday, June 27

ISRA’ MIKRAJ


Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Al-Israa':1)
*jom sama-sama berpuasa 27 rejab ^_^

sumber: http://www.al-azim.com rujukan tambahan : http://al-qayyim.net

Wednesday, June 22

REHLAH DI SIK

Aktiviti waktu cuti yang amat bermakna.12june2011
khusus untuk sahabat..especially akhawat tersayang ^_^
Cuti semester 4 bulan ini sebenarnya banyak perkara yang dah dirancang dan saya akui perancangan sebelum cuti sudah memadatkan cuti saya, tapi berada di rumah tanpa pengisian rohani membuatkan saya terfikir untuk mencari sesuatu. Akhirnya saya bertemu beberapa orang sahabat dan sebelumnya lansung tidak mengenali...kami merancang untuk berjumpa di taman permainan sik,kedah.

Pertama kali bertemu terasa sudah mengenali mereka ~_^
walaupun hanya lapan orang yang dapat menghadirkan diri. teringin saya nak kongsikan satu aktiviti, iaitu :
"membuat graf perancangan untuk masa depan"
pernah tak kawan-kawan terfikir untuk membuat perancangan ini??mungkin ya, dan mungkin ada yang tak..ye kan??
apa yang penting ia memang menarik!!
Berada bersama sahabat IPG Perlis dan IPG Ipoh merasakan saya sangat kerdil. ye la, semuanya bakal para guru la katakan..beberapa minit diberi untuk perancangan itu..Perancangan saya simple,hanya sehingga berumur 30 tahun dan mungkin seterusnya adalah perancangan bersama ^_^, insyaAllah lebih menarik dan teratur...
Sesi pembentangan bermula..dari situ banyak yang di kongsikan..
Terkadang merasa diri ini perlukan sebuah masa depan yang baru, serba unik dan dapat di manfaati oleh semua orang.insyAllah...
motiff???
Aktiviti ini adalah untuk menjadikan seorang individu mempunyai matlamat dalam hidup ini dan membuat perancangan yang bermanfaat untuk masa depan. Dan adakah kita hanya ingin menjadi ROBOT yang menjalankan aktiviti yang sama setiap hari. Atau MESIN BASUH? Yang hanya digunakan sekiranya ia digerakkan oleh penggunanya.
So,Jadikan setiap hari kita ada perubahan dan peningkatan tidak kira dari sudut apa pun. serta jadikan diri kita seorang yang mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas dan positif.

Jom sama-sama menuju kearah keperibadian MUSLIM.