Indahnya pengenalan kita, as a muslim, dengan thaharah kerana salah satunya adalah beza antara bersih dan suci. Pada kita suci adalah tinggi dari bersih. Untuk beribadat kita perlu “menyucikan” diri dari hadas. Membersihkan diri tidak cukup untuk menjadi suci.
Allah sgt cinta kepada orang-orang yang bertaubat dan suci bersih.
Dalam Fiqh ibadah sendiri, perkara pertama yang disebut adalah mengenai Thaharah.
Bila di timbulkan persoalan….
Kenapa sesetengah tandas di masjid sangat kotor??
Allah telah menfardhukan ibadah adalah untuk mengambil hikmah pada ibadah tersebut. Yup, untuk beribadah kita perlu menjaga kebersihan diri.Sepatutnya kita, sebagai individu muslim boleh membawa pengajaran dari solat untuk sentiasa bersih dalam menjaga tandas. Apalagi tandas di masjid. Jika tidak di aplikasikan kebersihan tersebut ianya akan membawa kemudharatan pada keadaan di situ.
~masjid Al-Ehsan Baling,Kedah~
Kalau kebersihan seperti itu pun tak dapat di jaga, bagaimana dengan diri sendiri?? Kerana kita adalah sangat berharga. Jiwa pun mesti bersih.
Begitu juga dengan Alam. Alam juga perlu bersih.
Bagaimana nak menjaga alam agar sentiasa bersih?
Jika kita berada dalam masyarakat, ‘tak kan kita ja perlu bersih untuk dapatkan environment yg bersih? ye dak?? Tapi kita perlu pengaruhi jiran-jiran untuk sentiasa bersih as a result akan dpt suasana persekitaran yg bersih.
Cuba kita lihat di Negara lain (yang bukan dari pentadbiran islam), Negara mereka bersih adalah disebabkan nilai Islam yang mereka gunakan sebaliknya di negara kita, ilmu islam ada, tapi tak ada praktikal untuk mengamalkan ilmu tersebut.
“Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”
Amalan adalah sangat penting, So,bila seseoarng yang rajin beramal dengan ilmu yang dia punyai akan memperoleh suasana yg baik.
Di samping itu juga, kita perlu selalu memikirkan soal kesihatan, kerana ianya berkaitan dengan benda hidup di muka bumi ini,
“Hablum minallah dan habluminannas”
‘Berhubunglah dengan Allah dan manusia’
Sebagai seorang muslim yang baik, kita juga perlu ada hubungan antara manusia dan jalinan antara masyarakat.
Jadikanlah hari-hari lalu, yang penuh dengan kekotoran dengan motivasi yang tinggi.
~salam keperibadian muslim~
^_^
Post kali ini bicara dari program “ASSALAMUALAIKUM” tv AL-hijrah, dan tambahan dari sesi “manusia dan kebenaran”
No comments:
Post a Comment