Friday, September 16

PANCARAN TARBIYAH KEMBALI


…… بسم الله الحمن الرحيم والحمد لله

Alhamdulillah…untuk kesekian kalinya blog ini terasa dihargai…
Sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan di awal semester yang masih terasa kemeriahan syawalnya…


…..Seronoknya menjadi murabbi….

Untuk menyampaikan sesuatu tak perlu menjadi seorang yang perfect, kerana apa yang Rasulullah ajarkan :
sampaikan dariku walau satu ayat
Oleh itu sesuatu kerja yang kita ingin lakukan perlulah ada sikap dan approach yang positive
Kerana disitu akan ada suatu semangat untuk sentiasa melakukannya sehingga berjaya.
Kata Hassan Al banna:
The main role of murabbi is caring”
So, dengan sikap ‘caring’ yang kita miliki kita gunakan dengan baik sehingga hasilnya boleh membuatkan mutarabbi itu kasih dan sayang kepada kita.
Sesungguhnya Iman itu sangat manis,
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Apakah kita merasai saat kemanisan iman itu ???
Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Moga kita sentiasa semangat untuk menyampai risalah ini dan terus thabat di JALAN INI…


*khusus buat akhawat.

No comments:

Post a Comment