Saturday, July 9

ADA APA DENGAN CINTA??


Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta dan mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia iaitu “Cinta daripada sang Pencipta”. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.
Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta, ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?
Janganlah sekali-kali kita menyisihkan Cinta Ilahi kerana cinta manusia hanya seketika sebaliknya cinta Ilahi selamnya abadi.
Adaptasi dari tazkirah iloveislam.

No comments:

Post a Comment