Saturday, July 9

CHICKEN CHOP SEDAP : P

Buat pertama kali “pergi” belajar memasak memang saat yang menggembirakan.
Selalunya nak belajar masak tak payah pergi jauh-jauh..huhu…tunggu rajin je..
Tapi bila dah ada kursus masakan di kolej komuniti baling ni, tak dapat la nak lepaskan peluang cuba je la. Walaupun hanya dapat belajar buat chicken chop tapi berbaloi.
Best!!
Apa yang penting dapat juga berukuwah dengan mak cik-mak cik yang datang. yup,berukhuwah memang seronak, dapat berkongsi pengalaman, dapat mengenal jenis-jenis orang dan yang terutamanya adalah “bersilaturrahim”..moga ianya berkekalan.
Jangan lupa Allah juga mengesyorkan umatNya sentiasa berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Ok, berbalik kepada chicken chop semula,
Memang amat menyukarkan pada awalnya, perlukan kerja yang amat teliti. Apa yang penting adalah “usaha”.Usaha kita untuk memegang pisau, memotong ayam dengan cara yang tersendiri, mengenalpasti tahap masaknya ayam dan banyak lagi..(tapi kalau orang yang dah cekap senang je la). It’s ok, sebab saya baru belajar. Di sini perlu ada niat yang jelas.
So, bila niat dah betul, InsyAllah ,Allah pasti menolong nya.
Apapun setiap apa yang hendak dilakukan perlu niat yang jelas. Even dalam memasak.Dalam hadith 40, hadith pertama ada di sebutkan mengenai niat.
"إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل إمرى ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته الى ما هجر اليه"
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Btw, bila semuanya selesai, Inilah hasilnya :P


*disini ada chicken chop+sosnya, coslow, kentang goreng dan sayur goreng rangup. Kalau nak di hidangkan macam ni lah bentuknya.

*tak lupa juga bawak bekal balik..hehe, orang di rumah perlu rasa air tangan ini.

ADA APA DENGAN CINTA??


Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta dan mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia iaitu “Cinta daripada sang Pencipta”. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.
Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta, ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?
Janganlah sekali-kali kita menyisihkan Cinta Ilahi kerana cinta manusia hanya seketika sebaliknya cinta Ilahi selamnya abadi.
Adaptasi dari tazkirah iloveislam.

”THAHARAH” PENTING DALAM MEMBENTUK PERIBADI MUSLIM

Indahnya pengenalan kita, as a muslim, dengan thaharah kerana salah satunya adalah beza antara bersih dan suci. Pada kita suci adalah tinggi dari bersih. Untuk beribadat kita perlu “menyucikan” diri dari hadas. Membersihkan diri tidak cukup untuk menjadi suci.
Allah sgt cinta kepada orang-orang yang bertaubat dan suci bersih.
Dalam Fiqh ibadah sendiri, perkara pertama yang disebut adalah mengenai Thaharah.
Bila di timbulkan persoalan….
Kenapa sesetengah tandas di masjid sangat kotor??
Allah telah menfardhukan ibadah adalah untuk mengambil hikmah pada ibadah tersebut. Yup, untuk beribadah kita perlu menjaga kebersihan diri.Sepatutnya kita, sebagai individu muslim boleh membawa pengajaran dari solat untuk sentiasa bersih dalam menjaga tandas. Apalagi tandas di masjid. Jika tidak di aplikasikan kebersihan tersebut ianya akan membawa kemudharatan pada keadaan di situ.

~masjid Al-Ehsan Baling,Kedah~
Kalau kebersihan seperti itu pun tak dapat di jaga, bagaimana dengan diri sendiri?? Kerana kita adalah sangat berharga. Jiwa pun mesti bersih.
Begitu juga dengan Alam. Alam juga perlu bersih.
Bagaimana nak menjaga alam agar sentiasa bersih?
Jika kita berada dalam masyarakat, ‘tak kan kita ja perlu bersih untuk dapatkan environment yg bersih? ye dak?? Tapi kita perlu pengaruhi jiran-jiran untuk sentiasa bersih as a result akan dpt suasana persekitaran yg bersih.
Cuba kita lihat di Negara lain (yang bukan dari pentadbiran islam), Negara mereka bersih adalah disebabkan nilai Islam yang mereka gunakan sebaliknya di negara kita, ilmu islam ada, tapi tak ada praktikal untuk mengamalkan ilmu tersebut.
“Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”
Amalan adalah sangat penting, So,bila seseoarng yang rajin beramal dengan ilmu yang dia punyai akan memperoleh suasana yg baik.
Di samping itu juga, kita perlu selalu memikirkan soal kesihatan, kerana ianya berkaitan dengan benda hidup di muka bumi ini,
“Hablum minallah dan habluminannas”
‘Berhubunglah dengan Allah dan manusia’
Sebagai seorang muslim yang baik, kita juga perlu ada hubungan antara manusia dan jalinan antara masyarakat.
Jadikanlah hari-hari lalu, yang penuh dengan kekotoran dengan motivasi yang tinggi.
~salam keperibadian muslim~
^_^
Post kali ini bicara dari program “ASSALAMUALAIKUM” tv AL-hijrah, dan tambahan dari sesi “manusia dan kebenaran”