Tuesday, June 11

Kau pergi kerana Allah


Assalamualaikum.



Bicara di penghujung kata.  insyaAllah jumpa lagi”.. Ku termanggu sendirian memikir memori indah bersama..berkongsi setia, pahit manis dirasa..terkadang berbalah manja..sukar digambar perasaan itu.

Mencari setianya seorang sahabat sangat sukar. Pengalaman lama menghantui. Perasaan kecewa terhadap seorang sahabat yang tidak disangka menjadikan perkara yang remeh sebagai isu yang sangat besar.walau sering berlumba kepada jalan kebaikan tetapi sifatnya sangat sukar untuk ditafsir. Terkadang ceria.terkadang bermuncung tanpa tahu salah siapa.
Baruku terfikir. Mendapat kawan memang mudah, sebaiknya sahabat??yang betul2 meraikan..sangat payah.. 

Akan tetapi atas dasar Cintakan Rabb. Perasaan negatif dibuang sejauh mungkin.menerima mereka seadanya.juga sentiasa bermuhasabah diri..     _ _’   siapa kita untuk menjadi menghukum manusia lain.

Sehinggakan Allah berikan seorang sahabat.  
 Terasa UKHUWAH itu sangat hebat..

Berjumpa kerana Allah..
Bergerak di jalan Allah..
Berpisah jua kerana Allah..
Moga ikatan ini kekal ke Jannah.

*sentiasa muhasabah diri tentang diri juga rakan serta sahabat. Dengan adanya Allah.hati akan menjadi tenang.

No comments:

Post a Comment