Wednesday, November 28

Tahniah !!


Selamat bergraduasi untuk graduan USIM.. 
semoga ilmu yang di amanahkan Allah ini dapat di gunakan sebaiknya..
insyAllah..


Tuesday, November 20

Job Interview


We all know that dressing professionally for a job interview can leave a good first impression with the employer, but what about the color of your attire? Have you ever wondered why doctors wear white or police officers wear blue? Or why black represents power and red implies passion? 
Different colors influence people in different ways, emotions from trust to aloof and everything in between. Color psychologists and scientists have been studying the impact of colors for years and how people respond to different colors listed below. Keep this in mind when choosing what colors to wear to the job interview.


Black: Represents authority, power, and drama. Black can also make you appear unapproachable and overpowering. So avoid it when interviewing, unless in small amounts or as an accent color.
White: Symbolizes of purity, chastity, and cleanliness. White is a neutral color that goes with everything. It's usually worn in shirts and blouses year round.
Blue: Signifies tranquility, authority, trust, and loyalty. It's the best-selling color globally, and the one with the biggest success rate in job interviews. Blue is the ultimate "power color".
Brown: Addresses credibility and stability. It's the color of the earth and abundant in nature. Brown creates a neutral environment for open discussion.
Beige and tan: Similar to brown, are calming, stress reducing, earthy colors that invite communication. These colors are perceived as nonassertive and passive.
Gray: Denotes neutrality and sophistication. After blue, it's the second most popular color to wear to a job interview. If you want to look confident without being overpowering in black, go for gray.
Red; Implies heat, danger, power, passion, and strength. The most emotionally intense color, red can stimulate a faster heartbeat and breathing. Use red as an accent color to motivate people to make quick decisions and increase expectations. It can also increase emotions during job interviews, so avoid wearing large amounts of red.
Orange: Like red, can stimulate strong emotions. Related to warmth and autumn, individuals who wear orange are perceived as having a strong personality. Bright orange, like bright red, will attract attention and induce intense emotions, so wear moderately in job interviews.
Yellow: Promotes a wide range of emotions, from cheer and goodwill to caution, and jealousy. However, people lose their tempers more often in yellow rooms than in rooms of other colors. It is the most difficult color for the eye to absorb, so it can be unbearable if overused. Wear in small doses in job interviews.
Green: Indicates nature, success, wealth, and security. A calming, refreshing color, green is the easiest color on the eye and most relaxing. Dark green is masculine, conservative, and implies wealth. People will feel comfortable with you without standing out in a job interview.
Purple: Symbolizes royalty, richness, power and sensitivity. It's also the color of passion and love. Purple is often viewed as a "feminine" color, so avoid wearing purple when attending a job interview with a strong gender bias.
Pink: Inspires a variety of emotions, from fun and excitement to calm and low energy. Pink is viewed as a feminine color, and, like purple, should be worn with discretion in job interviews.
Information provided by, Moshin Manji, HRinmotion.
Article Source: http://EzineArticles.com/1090450



By the way all the best for you interview... ^_^







Saturday, November 3

Nabi Idris a.s

Nabi Idris a.s. adalah salah seorang Nabi yang disebut dalam Al – Quran. Allah berfirman dalam Surah Maryam ayat 56 – 57 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad! Kisah Idris di dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah orang yang benar dan seorang nabi. Kami telah mengangkat darjatnya ke tingkatan yang lebih tinggi.”


Dalam ayat tersebut, Nabi Idris a.s. dipuji oleh Allah s.w.t.. Beliau disebut Allah s.w.t. sebagai Nabi dan orang yang benar (as-siddiq). Sebagaimana disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau adalah penghulu kaumnya.
Ibnu Ishak mengatakan bahawa Nabi Idris a.s.adalah orang pertama yang boleh menulis menggunakan pena. Para ahli tafsir mengatakan bahawa Nabi Idris a.s. adalah moyang kepada Nabi Nuh a.s. dan telah menjalani kehidupan selama 380 tahun. Beliau adalah orang pertama yang menulis meggunakan pena dan memakai baju yang berjahit bahkan beliau adalah orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian.

Allah mengangkat darjat Nabi Idris a.s.
Terdapat firman Allah swt yang bermaksud, “Dan Kami mengangkat (darjat)nya ke tingkat yang lebih tinggi”. Penegasan ayat itu seperti dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu Baginda melakukan Isra’ dan Mikraj.  Hadis riwayat Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. berjumpa dengan Nabi Idris di kawasan langit ke-empat.

Suatu ketika, salah satu malaikat pilihan Allah datang kepada Nabi Idris dan beliau berkata: “Allah menyampaikan wahyu kepadaku begini dan begini”. Maka malaikat itu mengajaknya berbincang-bincang, sehingga amalnya bertambah. Beliau membawa Nabi Idris di antara kedua sayapnya lalu dibawa naik ke langit.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa ketika Nabi Idris berada di langit ke-empat, Nabi Idris berkata: “Tolonglah tanyakan kepada Malaikat Maut, berapa lama lagi baki usiaku?”
Malaikat bertanya, sementara Nabi Idris masih bersamanya: “Berapakah lama sisa usianya?”
Malaikat Maut menjawab: “ Aku tidak tahu. Cuba aku lihat dulu”.
Malaikat Maut memerhatikannya lalu berkata : “Engkau baru sahaja menanyakan sisa umur seseorang yang masanya tinggal sebentar sahaja lagi.”
Malaikat yang mengendong Idris melihat ke bahagian bawah sayapnya. Beliau cuba melihat Nabi Idris, ternyata pada ketika dilihat itu, Idris telah wafat tanpa diketahuinya. Bagaimanapun, menurut pengamatan Ibnu Kathir, riwayat itu termasuk kisah Israiliyat dan sebahagian daripadanya ditolak kebenarannya.

Ibnu Abi Najih mengatakan terdapat riwayat yang diterima dari Mujahid mengenai makna firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan Kami angkat darjatnya ke tempat yang tinggi”. Dikatakan bahawa Idris a.s. diangkat ke langit dalam keadaan hidup seperti Nabi Isa a.s. yakni tidak dalam keadaan mati dan jika dikehendaki beliau tidak akan mati hingga sekarang tetapi masalah ini memerlukan pengkajian yang lebih terperinci.

Antara perintah dan saranan yang disampaikan Nabi Idris kepada kaumnya adalah:
1.       Apabila Allah menyeru kamu sekalian, maka niatlah dengan ikhlas, kerjakan puasa, solat dan segala yang diperintahkan ke atas kamu.
2.       Jangan ada perasaan dengki terhadap orang lain yang bernasib baik kerana sebenarnya harta yang mereka miliki itu hanya sedikit sahaja.
3.       Mengumpul harta secara berlebihan tidak memberi manfaat sama sekali terhadap diri seseorang.
4.       Kehidupan seseorang itu hendaklah mengandungi hikmah.


Sumber :
Buku  Kisah Para Nabi, Pengajaran dan Iktibar
Karya Asal: Qishash Al-Anbiya’ Ibratun li-Ulil Albab
(Ibnu Kathir)

*from : dakwahinfo.com

Tuesday, October 30

Status Pekerjaan~

Assalamualaikum..

I'm working at Tuanku Syed faizuddin Putra, UniMAP now...
since 3rd september 2012..

~Bila dah menjadi salah seorang penggerak perpustakaan rasa sangat menghargai peluang ni..
 Macam-macam ada di library ni, termasuk maklumat yang pelbagai, environment yang sihat n bagus dan banyak lagi..^^
Teringat dulu-dulu..susah sangat nak pegi library kecuali ada keja... rugi je rasanya tak betul- betul hargai perpustakaan USIM yang cantik tu...huhu
Apa-pun biarlah gambar bercerita sedikit sebanyak mengenai  library UniMAP ni...












  cantik kan library ni.. sumber di sini sangat banyak dan pelbagai..klu tak tau boleh rujuk kaunter.
gunakan lah ia sebaiknya ^ ^
sekian...



Tuesday, October 23

Ukhuwwah ~melihat dan merasai~


Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan didalam usrah.atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang2 bila kehilangannya. .dengan niat menghidupkan nya kembali…tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi ‘tiket’ ukhwah ataupun menerima ‘tiket’ ukhwah itu…
Apa itu ukhwah…

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran).

Maka ukhwah itu adalah sisterhood.. ..

“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).
“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)
HAB menterjemahkan ukhwah dalam bahasa yang cukup indah dan basah..(hanya ‘basah’ bagi mereka yang betul2 merasainya sahaja..)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan;

Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar)..

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.                 (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.


Sebagai seorang Islam Apabila kita mendengar suatu keadaan di mana ada orang yang baru saja berbaik-baik dari sebelumnya yang setiasa berselisih faham,

Jangan lah persoalkan dan pertikaikan tentang perhubungan itu..contohnya:
"mesti ada muslihat nak berbaik ni..."
Begitu kah persepsi kita????
Banyak berfikir negatif dari positif nya..Apabila ada yang menyokong tentang hubungan itu akibatnya disalah ertikan dengan kurangnya pengalaman hidup..
Adakah seseorang yang sentiasa berfikir negatif hasil dari pengalaman hidup??

sama-samalah kita muhasabah dan perbaiki diri dan bergembira dengan manisnya ukhuwah dan manisnya rasa kebersamaan seandainya ia terjalin hanyalah kerana Allah..
wassalam..


re-edited from http://dakwah.info

Saturday, October 6

Ayuh..teruskan langkahanmu.


Assalamualaikum..

Suatu saat terusik satu video yang sangat memotivasikan diri...
I just want to share..




Jangan bersedih ~ la tahzan...innallaha ma'ana...
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita dalam setiap yang kita tempuhi..
Janganlah kita pernah kecewa dengan apa kita dapat hari ini..sehinggakan terlupa akan apa yang telah dan akan dihadiahkan hari sebelumnya dan esok..
Mungkin hari esok Allah sudah sediakan kebahagiaan untuk kita ..
sebagai hadiah ketabahan kita hari ini..

Salam motivasi..

Monday, September 10

Komunikasi Dengan Allah – DOA

Solat dan doa adalah antara cara kita berkomunikasi dengan Allah.

Mengapa kita berdoa?
Berdoa akan mewujudkan rasa penghambaan(ubudiyyah) kita kepada Allah. Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya memohon kepada Pencipta kita, Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.

Kunci Untuk Berdoa
Kuncinya untuk berdoa adalah Y2K iaitu
  • Y ialah YAKIN
Kita perlu selalu bertanya kepada diri kita ketika berdoa, sejauh mana keyakinan kita setiap kali kita mengungkapkan doa kita itu?
  • 2K ialah yakin dengan dua perkara iaitu;
1.    Allah itu sentiasa mendengar doa kita kerana doa adalah komunikasi kita dengan Allah.
2.    Allah berjanji akan memperkenankan setiap doa hamba-hambanya.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah)  sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu…” [2:186]

  • Dan ditambah dengan KHUSYUK.
Kita khusyuk dalam doa sama seperti khusyuk di dalam solat kita. Ia lahir apabila kita faham dan menghayati doa yang kita bacakan. Maka, jika  hendak membaca doa di dalam bahasa Arab, cubalah cari makna dan maksud doa itu di dalam bahasa yang kita fahami.

Perkara Tambahan Kunci Untuk Berdoa
Antara perkara yang perlu dititik-beratkan ialah adab-adab berdoa seperti menghadap kiblat, berwuduk, mengangkat tangan dan suara  sederhana.
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” [7:55]

Cara yang terbaik dalam berdoa adalah seperti yang Allah ajarkan kepada ahli syurga,
“Doa ucapan mereka (di dalam Syurga) ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan. Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah Segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” [10:10]

Berdoa Selain Kepada Allah
Memohon atau meminta selain kepada Allah boleh menjerumuskan kita kepada syirik. Berharap kepada manusia samaada bomoh, pemimpin atau sesiapa sahaja yang sebenarnya bersifat lemah dan sementara adalah sangat perlu dielakkan.
“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” [22:73]

Mengapa Doa Tidak Makbul?
Penyebab utama doa tidak dimakbul ialah :
1.    Makanan haram
2.    Gopoh dalam berdoa

Dalam koleksi Hadis 40 Imam Nawawi, hadis ke-10 menyebut :
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala baik. Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: ‘Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh’. Dan Allah Ta’ala berfirman: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu’. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?” [Hadis Riwayat Muslim]

Daripada hadis di atas, dapat dilihat bahawa bukti-bukti utama penghalang kepada doa ialah pemakanan yang haram. Yang dikatakan haram dalam konteks ini membawa kepada dua maksud :
a)    Makanan itu sendiri haram hukumnya seperti babi, arak dan lain-lain.
b)    Sumber makanan itu adalah haram seperti rasuah, harta pusaka atau harta anak yatim dan banyak lagi.

Hadis tersebut menerangkan bagaimana seorang lelaki yang memenuhi kriteria orang yang akan dimakbulkan doanya seperti bermusafir, bersungguh-sungguh berdoa dengan mengangkat tangan ke langit serta berkali-kali menyebut Tuhan-nya. Namun, doanya ditolak kerana makan, minum dan pakaiannya haram.

Gopoh dalam berdoa adalah kita mahu doa kita dimakbulkan serta-merta atau dalam masa terdekat. Doa kita insyaAllah akan dimakbulkan, cuma bila dan bagaimana doa itu dimakbulkan adalah kerja Allah yang kita perlu yakin bahawa Allah memberi yang terbaik kepada kita.
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).” [27:62]

Bilakah masa untuk berdoa?
Kita boleh berdoa kepada Allah pada bila-bila masa sahaja. Namun, afdalnya sebahagian masa-masa berdoa menurut hadis antaranya adalah :
1.    Ketika dalam sujud
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda:“Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang sujud. Oleh itu , perbanyakkanlah membaca doa pada saat itu, kerana besar kemungkinan akan dimakbulkan.” [Hadis Riwayat Muslim]
2.    Sewaktu satu pertiga malam
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
3.    Ketika hujan turun
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
4.    Di antara waktu azan dan iqamah
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” [Hadis Riwayat Tirmizi]
5.    Ketika bermusafir dan teraniaya
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
6.    Malam Jumaat, hari jumaat, waktu jemaah berdiri utk menunaikan solat kerana Jumaat penghulu segala hari.
Sabda Rasulullah, ”Bahawasanya pada malam jumaat, ada suatu ketika yg mustajab doanya.” [Riwayat Tarmizi]

Doa-Doa Yang Afdal
Sebaik-baik doa adalah doa-doa daripada Al-Quran, kerana ayat-ayat Al-Quran itu sendiri adalah kalam Allah (kata-kata dari Allah). Contohnya, doa Nabi Ibrahim di dalam surah 14:35-41.
Antara doa-doa di dalam Al-Quran
  • Doa supaya tidak berputus asa [Maryam:4]
  • Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan [Thaha:25-26]
  • Doa mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan [Kahfi:10]
  • Doa mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatuyang tidak diketahui hakikatnya [Hud:47]
  • Doa mohon diberi keputusan yang baik [A’raaf:89]
  • Doa mohon kasih sayang untuk ibu bapa [Isra’:14]
  • Doa mohon dihindarkan dari fitnah dan diselamatkan dari tipu daya orang kafir [Yunus:85-86]
  • Doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat [Baqarah:201]
  • Doa memohon keampunan dan rahmat [A’raaf:23]
  • Doa memohon agar diterima amalan [Baqarah:127]
  • Doa dicukupkan keperluan [Taubah:129]
  • Doa mohon agar mensyukuri nikmat Allah [Ahqaf:15]

Penutup
Semoga kita memperbaiki cara berdoa dan berkomunikasi kepada Allah. Jangan kita menjadi seperti orang yang disebutkan dalam Surah Yunus, ayat ke-12,
“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.” [10:12]

source: http://dakwah.info

Sunday, May 6

Internship [part 2]


Bismillahirrahmanirrahim…
Bulan penuh malam ini menjernihkan lagi langit yang kadang-kadang sepi tanpa cahaya, cuma seketika bersama bintang-bintang comel yang tidak segan silu menyapa..Kedengaran pula sang unggas asyik berbicara panjang, bertemu rakan baru agaknya…mesti banyak yang dibualkan..alahai seronoknya!!! Pastiya langit berserta unggas tidak pernah merasa kesepian ye..

Rindu pulak kawan-kawan USIM nun di bumi sana…ahl kahfi terchenta juga..rindu kamu..

Terasa pula nak berkongsi sesuatu sepanjang berada di bumi sintok yang terkadang ‘best’ dan kadang kalanya terasa sangat bersendiri…ermmm…(err..boleh ke camtu)
Don’t worry guys..i’m still being good here..!!! ^_*

Setelah kesekian lama terfikir untuk merungkai soalan-soalan yang telah lama tersimpan nun di situ terikat rapi dalam karung belakang rumah..baru nak buka semula nih.. ^_^
“Best ke PRAKTIKAL???, Cite la sikit pasal Praktikal, Kongsi-kongsi la dengan kitorang yang tak dapat praktikal kat library nih…”macam-macam lagi la..huhu
Okay...
Ermmm…jawapannya : Praktikal sini memang seronok!!
Yup..selama 75hari berada di bumi Sintok ni....banyak sangat yang belajar..
Starting from menterjemahkan kursus-kursus teori kepada praktikal sampailah membawa kerjaya ke dasar kehidupan…walaupun masih belum ada kerjaya sendiri, tapi dapat merasai komitmen dalam berkerjaya ni..banyak jugak kebetulan-kebetulan kehidupan yang ditemui di sini yang mungkin tak dapat dirasai ketika masih menuntut di alam pengajian.

Memang tidak di nafikan setiap tempat@industri ada kelebihan tersendiri.. bergantung kepada bagaimana kita menyerap kelebihan itu..PSB adalah sebuah perpustakaan terbesar di Kedah ni yang pernah saya jejaki..kaya dengan sumber-sumber pengurusan dan sebagainya..lagi menarik kalau kita dapat menguruskan sumber-sumber ilmu ini hati yang berlapang dada bersama-sama dengan orang-orang yang bersemangat menjayakannya..banyak sangat perkara yang saya belajar dari mereka-mereka ini..terima kasih sebanyak-banyaknya atas segala tunjuk ajar sepanjang berada di PSB...

Alhamdulillah ada rezeki juga untuk join satu trip ke Pulau Pangkor dengan ahl PSB..(Trip motivasi jiwa). Saat inilah dapat kenal mereka dengan lebih baik…^_^

This is my first time @pangkor

gathering (PSB's staff and I =) )

Apa lagi ya yang dapat waktu itu??errmmm…banyak jugak (klu dihurai satu persatu boleh me’leghet’kan ruangan ini)...dan yang paling terkesan sehingga basah hati waktu tu ialah bagaimana kita menjadikan seluruh kehidupan sebagai seorang ahli dalam keluarga dan ahli di tempat kerja hanyalah kerana Allah..
teringat satu ayat:

  Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)  

memang bukan benda yang mudah, tapi kita perlu buat..

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.(QS Luqman : 31-22) 

segala urusan itu adalah dari Allah..dan semoga Allah memudahkan segalanya..

Dan kini sangat terasa berat untuk melepaskan keadaan ini..tinggal beberapa minggu lagi..semoga apa saja kenangan yang wujud di sini terpatri manis dalam memori dan dikunci rapat bersama ikatan kerana Ilahi….

Monday, April 23

PERANAN KITA

Baguslah ada keratan macam ni dalam Berita Harian..

Usrah kaedah pendidikan dekati remaja bermasalah
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin




SABAN hari kita menyaksikan pelbagai gejala sosial dalam masyarakat khususnya membabitkan generasi muda dan remaja. Fenomena negatif ini seakan-akan membarah dalam jiwa golongan muda dan tindakan bersungguh-sungguh wajar untuk menanganinya.

Membendung gejala sosial, kaedah saluran agama adalah alternatif terbaik dan paling berkesan. Langkah penghuni Flet Seri Delima, Masai, Johor, yang menganjurkan pelbagai program bercorak keagamaan seperti belajar membaca al-Quran dengan tajwid yang tepat.
Sebenarnya selain mengadakan kelas berbentuk pengajaran fardu ain dan fardu kifayah, kaedah pengajaran berbentuk usrah wajar diguna pakai untuk diterapkan dalam program mendekatkan masyarakat kepada ajaran agama.
Sebenarnya usrah boleh menjadi wasilah membina kemantapan akidah dan mengindahkan akhlak khususnya di kalangan remaja
Usrah kaedah pendidikan secara berkumpulan yang boleh dilakukan di rumah, surau atau dewan dalam lingkungan persekitaran dekat antara satu sama lain bagi memungkinkan matlamat program berjaya kekukuhan hubungan ukhuwah yang utuh.

Sebenarnya usrah boleh menjadi wasilah membina kemantapan akidah dan mengindahkan akhlak khususnya di kalangan remaja. Persekitaran positif berteraskan kegiatan keagamaan seperti usrah akan menjadi aset ke arah pembentukan remaja berjiwa luhur.

Usrah membawa maksud keluarga, kumpulan individu atau golongan mukmin yang beriman berusaha dan bersikap tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami serta menghayati alam kehidupan.

Pendidikan remaja dengan kaedah usrah begitu baik dilaksanakan kerana berdasarkan kepada tiga rukun utama untuk memperkasakan keutuhan tauhid, sekali gus mengukuhkan daya tahan keimanan anak muda.
Tiga rukun usrah itu dimulakan dengan ta’aruf yang bererti mengenali perkara asas. Naqib atau naqibah iaitu ketua pembimbing kumpulan usrah berkewajipan mengenali secara dekat latar belakang ahli kumpulan.

Ta’aruf bermakna naqib atau naqibah bukan saja mampu mengelolakan majlis keilmuan tetapi perlu juga beraksi sebagai kaunselor yang mendekati remaja untuk mengetahui permasalahan mereka.

Rukun keduanya ialah memahami pelajar atau ahli kumpulan iaitu tafahum. Inilah keindahan pendidikan berasaskan usrah kerana sikap saling memahami dicerna seberapa daya yang mampu untuk memecah sebarang isu atau permasalahan.

Sementera, rukun ketiga ialah nilai atau sikap tolong menolong, iaitu takaful. Ahli kumpulan yang lemah akan dibantu secara ikhlas oleh yang bijak dan lebih berilmu. Justeru, situasi tolong menolong akan membina semangat remaja untuk terus mengikuti pengajaran agama dengan lebih serius dan tekun.

Sesungguhnya dalam membentuk sahsiah peribadi remaja yang luhur dengan keterampilan beragama yang utuh tidak boleh dilakukan melalui kaedah kekerasan sebaliknya melalui sikap mesra dan lembut akan menjinakkan jiwa mereka.

Perkara asas dalam amalan beragama yang benar seharusnya diterapkan dalam perbincangan usrah. Untuk membawa remaja semakin tertarik dan mendapat sambutan, kepelbagaian kaedah mestilah dilaksanakan.

Jangan terlalu memfokuskan kepada unsur haram dan halal, boleh dan tidak boleh sehingga pemikiran anak muda menjadi tertekan semasa berada dalam kumpulan usrah. Sebaliknya, mestilah menggunakan kaedah penceritaan, perumpamaan dan bersesuaian isu dibincangkan.

Apabila sesuatu kumpulan itu sudah mantap dengan sesi usrahnya, baru isi pengajaran atau pendidikan diperkemaskan dengan yang lebih serius. Yakinlah, jika kita mampu membentuk pendidikan secara usrah di kawasan kediaman setempat, apa saja permasalahan berbentuk negatif akan dapat dikurangkan.

Ini kerana nilai kerohanian yang tertanam kemas hasil tarbiah agama sudah sebati dalam jiwa anak muda. Jadi, boleh kita mencuba kaedah usrah ini sebagai salah satu pendekatan mengajak generasi muda mendekati agama di samping kaedah lain.

Kita harus lebih giat mengambil langkah membina generasi muda dengan acuan agama sebenar kerana merekalah akan menerajui alam kehidupan ini dan sudah tentu kita tidak ingin sama sekali gejala sosial terus menerus bermaharajalela tanpa sebarang usaha menanganinya.


source: beritaharian

Saturday, March 24

Internship [part 1]


Assalamualaikum…

Ya Allah sudah lama blog ini menanti tuannya mengupdate, Alhamdulillah kali ni termakbul jua.huhu
Btw,Status kali ini : sedang menjalani latihan praktikal di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM,Sintok


Alhamdulillah, di saat ini Allah berikan kudrat untuk terus bertahan di alam yang serba-serbi ujian dan dugaannya, moga bertambah keimanan dalam diri ini..
Fuh..nak katanya best sangat tak jugk, tak best pun tak jugk..
kiranya peringkat pertengahan la..tapi terasa diri ini lebih dewasa..
Meratau menjalani latihan berseorangan tanpa mengenali sesiapa pun di
sekeliling membuatkan perasaan sangat janggal itu timbul tak semena-mena..
Tapi ku gagahi dan rentasi setiap yang berlaku dengan penuh tawakkal
Nak di jadikan cerita
………
suatu hari setelah selesai seminggu berada di Changlun ni terasa
ingin pulang ke kampung halaman..dengan penuh tawakkal saya ‘drive’ balik seorang diri dengan hanya menghafal jalan tanpa mengetahui keadaan jalan..
Alhamdulillah perjalanan baik sehingga ke Gurun..
Tapi yang menyedihkan adalah saat bergerak dari hentian gurun ke
tol gurun tak kesampaian disebabkan terlajak ke exit SP..itu pun sebab dah rasa pelik ‘nape la tak sampai-sampai lagi, nak ke KL ke aku ni’huhu
Then terpaksa la masuk ke exit SP, agak jauh dari rumah jika dibandingkan exit Gurun tadi..terpaksa jugak menunggu ayah yang datang sesampai di SP takutkan lebih tersesat lagi memandangkan laluan di SP tidak mahir..
Tapi tak apa
“I’m a new driver”
Dijangkakan sampai pukul 6.00pm dah jadi 8.00pm..sayang pulak bazirkan masa di jalan memandangkan cuti hanya berbaki sehari..
…………

Apapun Alhamdulillah dapat balik sendiri jugk..
tapi kata ayah “minggu depan naik bas aja, senang sikit, lagipun mak susah hati balik sendiri ni, lagi sekali balik lepas ayah dan mak dah yakin baru boleh balik sendiri..”
“errmm..okay la mum n dad” hanya menurut perintah.

Ini baru tak nampak jalan di dunia..kalau jalan ke akhirat pun tak Nampak tak tau la nak kata apa.
Dan

PENGAJARANNYA…
Sejauh mana pun anda pergi, Sebaru mana pun tempat yang perlu dilalui perlulah ada planning dan yang penting semestinya tawakkal tapi setelah anda berusaha..jangan pulak tawakkal tanpa usaha.

Allah berfirman:



[Ali Imran:159] fa idzaa ‘azamta fa tawakkal ‘ala Allah 
“jika sudah berbulat tekad (niat kuat) maka bertawakallah kepada Allah”
Serta
Berhijrah lah dengan baik di dunia yang hanya sementara ini dan jangan lupa juga, Akhirat pun kita perlu jaga.
Sesungguhnya keseimbangan antara kedua-duanya adalah yang paling terbaik.
“Moga segala ujian dan cabaran (tak kira di mana jua) kita dapat tempuhi dengan tabah dan penuh muhasabah”


akhirnya PHF 37.. sampai ke rumah jgk @ Kg,Bandar,Baling^_^