Thursday, July 14

UMRAH - part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama benar rasanya keypad tidak menyentuh huruf-hurufnya yang dilahirkan dari hati. Terasa rindu untuk berkongsi cerita.

Masa “berduka lara” jauh di perantauan dari suami dan keluarga tercinta banyak memberi pengajaran bermakna untuk mencari semangat menulis dan menghilangkan kegusaran hati. Semoga ianya dapat dimanfaati.

InsyAllah secebis ingatan terpatri kukuh bilamana terasa rindu untuk bermusafir ke Al-Haramain.

Syukur Allah beri peluang ketika itu. Bersama 11 senior kampung dan guru:
(Ayah, PCik Mat, PCik Mad, Pndak Ya)-team ayah
(Aku, Mak, MLong, MNgah, MNdak, Cg Rohayah, Mlang, Mcik)-my team

Banyak perkara yang berlaku dan ianya adalah diluar jangkaan.

Ingat lagi tika itu, 26 disember 2014- 6 Januari 2015

Malaysia, (kedah-KLIA 2)

Segala kelengkapan dan persiapan sudah tersedia di dalam bagasi masing-masing. Aku, ibu dan ayah akan berangkat ke sebuah tempat kecintaan semua ummat Islam untuk menunaikan umrah. Debaran kian terasa tatkala saudara berkumpul meraikan kami berserta ibu saudara dan beberapa lagi sahabat ibu dan ayah yang akan turut serta dalam perjalanan yang panjang ini.  Aku sudah bersedia kah? InsyAllah. Hilangkan semua kegusaran. Status menganggur saat itu masih lagi merisaukan.

Malam terasa begitu pantas.

5.00 am, Bas berlabelkan shamisha memberhentikan kami di R&R sebelum tiba di KLIA2. Semua mempersiapkan diri dan mengisi perut masing-masing memandangkan flight kami akan fly pukul 12.30.

Setibanya di KLIA2, kakak keduaku bersama suaminya menyambut kami. Rindu rasanya. Selesai taklimat semua jemaah menguruskan beg masing-masing dan terus berjalan menuju ke ‘Tempat Pelepasan Antarabangsa’ . Alhamdulillah terasa urusan dipermudahkan.

Melewati perjalanan panjang yang mengambil masa 9 jam diatas kapal terbang terasa sangat meletihkan. Hanya pandangan awan kelihatan. Sesekali kelihatan padang pasir yang sangat luas. Barangkali akan tiba waktu mendarat beberapa jam lagi. Terasa indahnya bumi timur tengah ini walau hanya pasir-pasir ditiup angin memecah bahang gurun sahara kali itu. Tanah gersang sekali, terkadang kelihatan beberapa tompokan yang menghijau dari dasar awan. Bangunan jauh sekali kelihatan, sesekali terlihat kotak-kotak kecil di padang pasir yang sebegitu luas. Beberapa garisan yang salaing tersambung juga terlakar di tanah kosong itu, rupanya lebuh raya yang kian sibuk. Lembaran sirah terselak di benak bagaimanakah rasulullah melalui padang pasir yang panjang ini beralaskan seekor unta?

Sungguh aku merinduimu wahai kekasih Allah.

Jeddah

5.30 pm (waktu Jeddah) Setibanya di Jeddah semua menguruskan barang masing-masing dan melalui imegresen seterusnya menanti bas yang akan membawa kami menuju ke kota Madinah. Debaran kian terasa. Malam itu kami meneruskan perjalanan menaiki bas yang mengambil masa 5-6 jam untuk tiba di madinah al-munawwarah.

Madinah

2.00 am (waktu Madinah) Biar kabus pagi menutupi masih kelihatan bangunan yang tersergam indah sekali.

Wah!! Masjid Nabawi. Masjid yang dikelilingi bangunan hotel yang sangat banyak.

Episod bermula. Setibanya kami pagi itu, terus check in  masuk merehatkan diri dan terasa diberi kekuatan semula untuk solat subuh berjemaah kali pertama di Masjid Nabawi. Fully charge!!.  

Syukur. Dapat ber qiamullai dan tahiyatul masjid. Qiamullai yang tidak sesunyi seperti di Malaysia. Suasana masjid yang sangat meriah sebelum subuh masing-masing mengambil tempat mahu mengelakkan solat diluar masjid yang akan penuh seketika nanti.

Sepanjang di Madinah Allah beri peluang untuk berziarah ke raudhah, makam rasulullah, permakaman baqi’ juga ziarah luar di bukit uhud dan pasar kurma.

Satu ketika , perkara yang sangat sukar dilupakan ialah malam terakhir di Madinah.

Kisah Mak Hilang

Nak dijadikan cerita, aku bersama 7 senior termasuk mak bergerak awal ke masjid nabawi untuk mencari keselesaan dan beriktikaf waktu solat maghrib. ‘Mak’ yang kerap kali ke tandas dan agak lincah menjadikan aku yakin jika jauh dengan mak.

Teringat janji kami dengan ayah untuk ziarah sendiri ke ‘raudah’ sebelum datang ke masjid bersama-sama tadi.

Bilamana berkumandangnya solat Isyak, mak pergi mengambil wudhuk jauh di bahagian belakang. Jadi, ketika solat aku terpisah dengan mak. Hati masih tenang.

Seusai solat isyak dan solat jenazah (yang setiap waktu dijalankan selepas solat fardhu) aku bersama senior2 bergegas tunggu di pintu masjid menunggu team ayah berempat dan mak.

Gelisah yang teramat bila penantian mak tidak kunjung tiba..Ayah dari tadi tenang. Kami buat keputusan untuk menghantar team ayah dan senior2 ke hotel dan kami kembali semula untuk mak.

Sebak terasa. Jam hampir pukul 1100 tapi kelibat mak tidak kelihatan.

Ayah: “Nifah p cari mak lah kat dalam, ayah tunggu sini ja”
Aku: “Ok Ayah, Adik p ni pukul berapa pun ayah tunggu ja an, adik nak cari semua tempat”

Aku terus meluru ke dalam masji bahagian perempuan bertanyakan kakak cleaner Indonesia yang ada sambil menahan sebak. Seluruh kawasan aku teroka termasuk tandas yang bereskalator. Akhirnya Aku berkeputusan untuk mencari mak di ‘Raudhah’ mengikatkan dialog kami sebelum datang siang tadi.

Di Raudhah kelihatan ramai sangat para jemaah yang memungkinkan dikalangan mereka adalah Mak.

Aku mengambil port depan raudhah menunggu masa kalau-kalau dapat solat di sana bila orang reda. Dengan menghadap makam baginda aku berteleku menangis semahu-mahunya dalam solat mengharapkan perjumpaan dengan ibuku yang tercinta.

Kawasan Raudhah semakin berkurang dan aku terus berjalan pergi melihat ramai yang bertolakan aku berpegang pada dinding. Kudrat ku masih kuat, kasin senior2 yang ditolak.

Saat itu aku tepandang 3 anak muda Indonesia sebaya ku bergilir solat dengan mengepung orang bersolat jadi aku terus membantu untuk membesarkan kepungan. Dan tika itu aku berpeluang untuk solat dan kesesakan orang.

Sehabis solat kami dilarang berada lama disitu. Ukhuwah yang seketika dengan mereka membuatkan rasa percaya dan meminta mereka berdoa untuk berjumpa ibu.

Keluar dari masjid kelihatan mak bersama ayah melambai trus deras titik jernih merembes keluar sambil berlari memeluk ibu ayah tercinta. Saat itu terasa Allah sedang menguji cinta kami.

Syukur. Allah pereratkan lagi hati kami untuk sentiasa menyayangi kerana Allah.

Ziarah sendiri guide by Ayah

Keesokannya Ayah bercadang menyewa van besar untuk ziarah kami. Ingin menziarahi Universiti Madinah yang lama ditinggalkan dan mengukir sejarah buat ayah.

Syukur, Masjid 7 dan masjid qiblatain juga kami lawati sendiri.

Jadi selesailah tempoh kami berada di Madinah yang terasa begitu sekejap. Alhamdulillah atas nikmat yang Engkau beri.


Kelak kamek sambung- part 2 di Mekah. InsyAllah