Assalamualaikum.
Bicara di penghujung
kata. “insyaAllah jumpa lagi”.. Ku
termanggu sendirian memikir memori indah bersama..berkongsi setia, pahit manis
dirasa..terkadang berbalah manja..sukar digambar perasaan itu.
Mencari setianya
seorang sahabat sangat sukar. Pengalaman lama menghantui. Perasaan kecewa
terhadap seorang sahabat yang tidak disangka menjadikan perkara yang remeh
sebagai isu yang sangat besar.walau sering berlumba kepada jalan kebaikan
tetapi sifatnya sangat sukar untuk ditafsir. Terkadang ceria.terkadang
bermuncung tanpa tahu salah siapa.
Baruku terfikir.
Mendapat kawan memang mudah, sebaiknya sahabat??yang betul2 meraikan..sangat
payah..
Akan tetapi atas
dasar Cintakan Rabb. Perasaan negatif dibuang sejauh mungkin.menerima mereka
seadanya.juga sentiasa bermuhasabah diri..
_ _’ siapa kita untuk menjadi
menghukum manusia lain.
Sehinggakan Allah
berikan seorang sahabat.
Terasa UKHUWAH itu sangat hebat..
Berjumpa kerana
Allah..
Bergerak di jalan
Allah..
Berpisah jua kerana
Allah..
Moga ikatan ini kekal
ke Jannah.
*sentiasa muhasabah
diri tentang diri juga rakan serta sahabat. Dengan adanya Allah.hati akan
menjadi tenang.