Monday, November 4

Yuk tanam azam baru !!!

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, September 10

Kasihnya Allah pada kita

Bissmillahirrahmanirrahim...

Sedikit perkongsian untuk para pembaca.

>>Allah S.W.T selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu
Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail AS berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”
Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Jibrail
AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun, terbanglah malaikat
Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? “
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.
Terlallu sedikit kita bersyukur sedangkan nikmat Allah sangatlah banyak.
Semoga hati sentiasa dipelihara oleh Allah. ^^

i love Allah <3<3


Tuesday, June 11

Kau pergi kerana Allah


Assalamualaikum.



Bicara di penghujung kata.  insyaAllah jumpa lagi”.. Ku termanggu sendirian memikir memori indah bersama..berkongsi setia, pahit manis dirasa..terkadang berbalah manja..sukar digambar perasaan itu.

Mencari setianya seorang sahabat sangat sukar. Pengalaman lama menghantui. Perasaan kecewa terhadap seorang sahabat yang tidak disangka menjadikan perkara yang remeh sebagai isu yang sangat besar.walau sering berlumba kepada jalan kebaikan tetapi sifatnya sangat sukar untuk ditafsir. Terkadang ceria.terkadang bermuncung tanpa tahu salah siapa.
Baruku terfikir. Mendapat kawan memang mudah, sebaiknya sahabat??yang betul2 meraikan..sangat payah.. 

Akan tetapi atas dasar Cintakan Rabb. Perasaan negatif dibuang sejauh mungkin.menerima mereka seadanya.juga sentiasa bermuhasabah diri..     _ _’   siapa kita untuk menjadi menghukum manusia lain.

Sehinggakan Allah berikan seorang sahabat.  
 Terasa UKHUWAH itu sangat hebat..

Berjumpa kerana Allah..
Bergerak di jalan Allah..
Berpisah jua kerana Allah..
Moga ikatan ini kekal ke Jannah.

*sentiasa muhasabah diri tentang diri juga rakan serta sahabat. Dengan adanya Allah.hati akan menjadi tenang.

Apabila kesabaran datang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Saat redupan langit masih kelihatan,
Hujan renyai membasahi bumi, 
seawal pagi tergerak berangkat ke sekolah lebih awal dari sebelum nya,
Rupa nya sesuatu bakal dirasa..

Terpalit seribu kekesalan saat beberapa kereta menjadi penjual ikan tak laku... "selfish".. mentang2 la berkereta kecil..huhu..Sebelum sempat menjadi seorang pemarah tetiba ditegur dengan alaunan nasyid algebra mengenai beberapa hadith..

Jam pagi ini disebab tiang elektrik menyembah bumi..kemungkinan akibat hujan lebat semalaman..

Apabila lalu sebuah van sekolah yang dipandu seorang wanita cina memberi isyarat untuk potong kereta "selfish" dihadapan..aku hanya tersenyum..'it's ok untie' balasku berisyarat juga..

Owhh..rupanya hikmah bersabar itu sangat hebat sehinggakan traffic light menjadi hijau saja apabila melaluinya..hehe..

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200) 

Teringat suatu ketika berhalaqah.diingatkan dengan motivasi-motivasi yang perlu ditanam seawal pagi untuk melalui seharian itu dengan berjuta ketenangan..

"Setiap malam (sebelum tidur) perlu fikirkan apa kebaikan yang akan dibuat keesokkan hari..jadi, setiap hari akan sesuatu kebaikan kerana Allah..." bicara naqibah.
 
 Saat kata-kata itu terngiang mulalah berfikir untuk berbuat baik dengan memudahkan perjalanan orang lain, tak kira bermotor ataupun pejalan kaki ^ ^..

Nak dtg sekolah, mOOd mesti baik kannn...

Jadi..Pengajarannya..Kesabaran itu perlu ada untuk hati sentiasa dekat dengan Allah..

Firman Allah 

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155) 

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)

 “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

*Semoga yang baik diAmalkan..yang kurang ditegurkan.. 

BE THE BEST MUSLIM!!

Wassalam.. 

Wednesday, February 20

j-QAF pilihanku ^ ^


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum..

Moga catatan kali ini dapat berkongsi cerita menarik antara kita..juga menaikkan semaksima mungkin semangat seorang hamba Allah yang sentiasa memerlukan bimbingan dan doronganNya dalam menjadi seorang pendidik..



Tanggal 2 februari : 
Saya telah melaporkan diri untuk menjadi seorang guru j-QAF di one of sekolah cina, Bukit Mertajam

Secara azaliahnya, satu ketika dulu, menjadi seorang guru ataupun pendidik adalah idaman hati setelah sekian kalinya pernah bekerja di beberapa tempat lain.

Alhamdulillah termakbul juga

Moga hati sentiasa kuat menempuh ujian sepanjang perjalanan ini..

Doakan..



p/s: jom share apa yang patut di blog ini..
:P