Tuesday, October 30

Status Pekerjaan~

Assalamualaikum..

I'm working at Tuanku Syed faizuddin Putra, UniMAP now...
since 3rd september 2012..

~Bila dah menjadi salah seorang penggerak perpustakaan rasa sangat menghargai peluang ni..
 Macam-macam ada di library ni, termasuk maklumat yang pelbagai, environment yang sihat n bagus dan banyak lagi..^^
Teringat dulu-dulu..susah sangat nak pegi library kecuali ada keja... rugi je rasanya tak betul- betul hargai perpustakaan USIM yang cantik tu...huhu
Apa-pun biarlah gambar bercerita sedikit sebanyak mengenai  library UniMAP ni...












  cantik kan library ni.. sumber di sini sangat banyak dan pelbagai..klu tak tau boleh rujuk kaunter.
gunakan lah ia sebaiknya ^ ^
sekian...



Tuesday, October 23

Ukhuwwah ~melihat dan merasai~


Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan didalam usrah.atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang2 bila kehilangannya. .dengan niat menghidupkan nya kembali…tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi ‘tiket’ ukhwah ataupun menerima ‘tiket’ ukhwah itu…
Apa itu ukhwah…

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran).

Maka ukhwah itu adalah sisterhood.. ..

“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).
“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)
HAB menterjemahkan ukhwah dalam bahasa yang cukup indah dan basah..(hanya ‘basah’ bagi mereka yang betul2 merasainya sahaja..)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan;

Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar)..

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.                 (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.


Sebagai seorang Islam Apabila kita mendengar suatu keadaan di mana ada orang yang baru saja berbaik-baik dari sebelumnya yang setiasa berselisih faham,

Jangan lah persoalkan dan pertikaikan tentang perhubungan itu..contohnya:
"mesti ada muslihat nak berbaik ni..."
Begitu kah persepsi kita????
Banyak berfikir negatif dari positif nya..Apabila ada yang menyokong tentang hubungan itu akibatnya disalah ertikan dengan kurangnya pengalaman hidup..
Adakah seseorang yang sentiasa berfikir negatif hasil dari pengalaman hidup??

sama-samalah kita muhasabah dan perbaiki diri dan bergembira dengan manisnya ukhuwah dan manisnya rasa kebersamaan seandainya ia terjalin hanyalah kerana Allah..
wassalam..


re-edited from http://dakwah.info

Saturday, October 6

Ayuh..teruskan langkahanmu.


Assalamualaikum..

Suatu saat terusik satu video yang sangat memotivasikan diri...
I just want to share..




Jangan bersedih ~ la tahzan...innallaha ma'ana...
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita dalam setiap yang kita tempuhi..
Janganlah kita pernah kecewa dengan apa kita dapat hari ini..sehinggakan terlupa akan apa yang telah dan akan dihadiahkan hari sebelumnya dan esok..
Mungkin hari esok Allah sudah sediakan kebahagiaan untuk kita ..
sebagai hadiah ketabahan kita hari ini..

Salam motivasi..