Bismillahirrahmanirrahim…
Bulan penuh
malam ini menjernihkan lagi langit yang kadang-kadang sepi tanpa cahaya, cuma
seketika bersama bintang-bintang comel yang tidak segan silu menyapa..Kedengaran
pula sang unggas asyik berbicara panjang, bertemu rakan baru agaknya…mesti
banyak yang dibualkan..alahai seronoknya!!! Pastiya langit berserta unggas
tidak pernah merasa kesepian ye..
Rindu pulak kawan-kawan USIM nun di bumi sana…ahl kahfi terchenta juga..rindu kamu..
Terasa pula nak berkongsi sesuatu sepanjang berada di bumi sintok yang terkadang ‘best’ dan kadang kalanya terasa sangat bersendiri…ermmm…(err..boleh ke camtu)
Don’t worry
guys..i’m still being good here..!!! ^_*
Setelah kesekian lama terfikir untuk merungkai soalan-soalan yang telah lama tersimpan nun di situ terikat rapi dalam karung belakang rumah..baru nak buka semula nih.. ^_^
“Best ke
PRAKTIKAL???, Cite la sikit pasal Praktikal, Kongsi-kongsi la dengan kitorang
yang tak dapat praktikal kat library nih…”macam-macam lagi la..huhu
Okay...
Ermmm…jawapannya
: Praktikal sini memang seronok!!
Yup..selama
75hari berada di bumi Sintok ni....banyak sangat yang belajar..
Starting from menterjemahkan
kursus-kursus teori kepada praktikal sampailah membawa kerjaya ke dasar
kehidupan…walaupun masih belum ada kerjaya sendiri, tapi dapat merasai komitmen
dalam berkerjaya ni..banyak jugak kebetulan-kebetulan kehidupan yang
ditemui di sini yang mungkin tak dapat dirasai ketika masih menuntut di alam
pengajian.
Memang tidak di nafikan setiap tempat@industri ada kelebihan tersendiri.. bergantung kepada bagaimana kita menyerap kelebihan itu..PSB adalah sebuah perpustakaan terbesar di Kedah ni yang pernah saya jejaki..kaya dengan sumber-sumber pengurusan dan sebagainya..lagi menarik kalau kita dapat menguruskan sumber-sumber ilmu ini hati yang berlapang dada bersama-sama dengan orang-orang yang bersemangat menjayakannya..banyak sangat perkara yang saya belajar dari mereka-mereka ini..terima kasih sebanyak-banyaknya atas segala tunjuk ajar sepanjang berada di PSB...
Alhamdulillah ada rezeki juga untuk join satu trip ke Pulau Pangkor dengan ahl PSB..(Trip motivasi jiwa). Saat inilah dapat kenal mereka dengan lebih baik…^_^
This is my first time @pangkor
gathering (PSB's staff and I =) )
Apa lagi ya yang
dapat waktu itu??errmmm…banyak jugak (klu dihurai satu persatu boleh
me’leghet’kan ruangan ini)...dan yang paling terkesan sehingga basah hati waktu
tu ialah bagaimana kita menjadikan seluruh kehidupan sebagai seorang ahli dalam
keluarga dan ahli di tempat kerja hanyalah kerana Allah..
teringat satu ayat:
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)
memang bukan benda
yang mudah, tapi kita perlu buat..
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.(QS Luqman : 31-22)
segala urusan itu adalah dari Allah..dan semoga Allah memudahkan segalanya..
Dan kini sangat
terasa berat untuk melepaskan keadaan ini..tinggal beberapa minggu lagi..semoga
apa saja kenangan yang wujud di sini terpatri manis dalam memori dan dikunci
rapat bersama ikatan kerana Ilahi….