Bismillahirrahmanirrahim..
Lama benar rasanya keypad tidak
menyentuh huruf-hurufnya yang dilahirkan dari hati. Terasa rindu untuk
berkongsi cerita.
Masa “berduka lara” jauh di
perantauan dari suami dan keluarga tercinta banyak memberi pengajaran bermakna untuk
mencari semangat menulis dan menghilangkan kegusaran hati. Semoga ianya dapat
dimanfaati.
InsyAllah secebis ingatan
terpatri kukuh bilamana terasa rindu untuk bermusafir ke Al-Haramain.
Syukur Allah beri peluang ketika
itu. Bersama 11 senior kampung dan guru:
(Ayah, PCik Mat, PCik Mad, Pndak
Ya)-team ayah
(Aku, Mak, MLong, MNgah, MNdak,
Cg Rohayah, Mlang, Mcik)-my team
Banyak perkara yang berlaku dan ianya
adalah diluar jangkaan.
Ingat lagi tika itu, 26
disember 2014- 6 Januari 2015
Malaysia, (kedah-KLIA 2)
Segala kelengkapan dan persiapan
sudah tersedia di dalam bagasi masing-masing. Aku, ibu dan ayah akan berangkat
ke sebuah tempat kecintaan semua ummat Islam untuk menunaikan umrah. Debaran
kian terasa tatkala saudara berkumpul meraikan kami berserta ibu saudara dan
beberapa lagi sahabat ibu dan ayah yang akan turut serta dalam perjalanan yang
panjang ini. Aku sudah bersedia kah?
InsyAllah. Hilangkan semua kegusaran. Status menganggur saat itu masih lagi
merisaukan.
Malam terasa begitu pantas.
5.00 am, Bas berlabelkan shamisha
memberhentikan kami di R&R sebelum tiba di KLIA2. Semua mempersiapkan diri
dan mengisi perut masing-masing memandangkan flight kami akan fly
pukul 12.30.
Setibanya di KLIA2, kakak keduaku
bersama suaminya menyambut kami. Rindu rasanya. Selesai taklimat semua jemaah
menguruskan beg masing-masing dan terus berjalan menuju ke ‘Tempat Pelepasan
Antarabangsa’ . Alhamdulillah terasa urusan dipermudahkan.
Melewati perjalanan panjang yang
mengambil masa 9 jam diatas kapal terbang terasa sangat meletihkan. Hanya
pandangan awan kelihatan. Sesekali kelihatan padang pasir yang sangat luas.
Barangkali akan tiba waktu mendarat beberapa jam lagi. Terasa indahnya bumi
timur tengah ini walau hanya pasir-pasir ditiup angin memecah bahang gurun
sahara kali itu. Tanah gersang sekali, terkadang kelihatan beberapa tompokan
yang menghijau dari dasar awan. Bangunan jauh sekali kelihatan, sesekali
terlihat kotak-kotak kecil di padang pasir yang sebegitu luas. Beberapa garisan
yang salaing tersambung juga terlakar di tanah kosong itu, rupanya lebuh raya
yang kian sibuk. Lembaran sirah terselak di benak bagaimanakah rasulullah
melalui padang pasir yang panjang ini beralaskan seekor unta?
Sungguh aku merinduimu wahai
kekasih Allah.
Jeddah
5.30 pm (waktu Jeddah) Setibanya
di Jeddah semua menguruskan barang masing-masing dan melalui imegresen
seterusnya menanti bas yang akan membawa kami menuju ke kota Madinah. Debaran
kian terasa. Malam itu kami meneruskan perjalanan menaiki bas yang mengambil
masa 5-6 jam untuk tiba di madinah al-munawwarah.
Madinah
2.00 am (waktu Madinah) Biar
kabus pagi menutupi masih kelihatan bangunan yang tersergam indah sekali.
Wah!! Masjid Nabawi. Masjid yang
dikelilingi bangunan hotel yang sangat banyak.
Episod bermula. Setibanya kami
pagi itu, terus check in masuk
merehatkan diri dan terasa diberi kekuatan semula untuk solat subuh berjemaah
kali pertama di Masjid Nabawi. Fully charge!!.
Syukur. Dapat ber qiamullai dan tahiyatul masjid. Qiamullai yang
tidak sesunyi seperti di Malaysia. Suasana masjid yang sangat meriah sebelum
subuh masing-masing mengambil tempat mahu mengelakkan solat diluar masjid yang
akan penuh seketika nanti.
Sepanjang di Madinah Allah beri
peluang untuk berziarah ke raudhah, makam rasulullah, permakaman baqi’ juga
ziarah luar di bukit uhud dan pasar kurma.
Satu ketika , perkara yang sangat sukar
dilupakan ialah malam terakhir di Madinah.
Kisah Mak Hilang
Nak dijadikan cerita, aku bersama
7 senior termasuk mak bergerak awal ke masjid nabawi untuk mencari keselesaan
dan beriktikaf waktu solat maghrib. ‘Mak’ yang kerap kali ke tandas dan agak
lincah menjadikan aku yakin jika jauh dengan mak.
Teringat janji kami dengan ayah
untuk ziarah sendiri ke ‘raudah’ sebelum datang ke masjid bersama-sama tadi.
Bilamana berkumandangnya solat
Isyak, mak pergi mengambil wudhuk jauh di bahagian belakang. Jadi, ketika solat
aku terpisah dengan mak. Hati masih tenang.
Seusai solat isyak dan solat
jenazah (yang setiap waktu dijalankan selepas solat fardhu) aku bersama senior2
bergegas tunggu di pintu masjid menunggu team ayah berempat dan mak.
Gelisah yang teramat bila penantian
mak tidak kunjung tiba..Ayah dari tadi tenang. Kami buat keputusan untuk
menghantar team ayah dan senior2 ke hotel dan kami kembali semula untuk mak.
Sebak terasa. Jam hampir pukul
1100 tapi kelibat mak tidak kelihatan.
Ayah: “Nifah p cari mak lah kat
dalam, ayah tunggu sini ja”
Aku: “Ok Ayah, Adik p ni pukul
berapa pun ayah tunggu ja an, adik nak cari semua tempat”
Aku terus meluru ke dalam masji
bahagian perempuan bertanyakan kakak cleaner Indonesia yang ada sambil menahan
sebak. Seluruh kawasan aku teroka termasuk tandas yang bereskalator. Akhirnya
Aku berkeputusan untuk mencari mak di ‘Raudhah’ mengikatkan dialog kami sebelum
datang siang tadi.
Di Raudhah kelihatan ramai sangat
para jemaah yang memungkinkan dikalangan mereka adalah Mak.
Aku mengambil port depan raudhah
menunggu masa kalau-kalau dapat solat di sana bila orang reda. Dengan menghadap
makam baginda aku berteleku menangis semahu-mahunya dalam solat mengharapkan
perjumpaan dengan ibuku yang tercinta.
Kawasan Raudhah semakin berkurang
dan aku terus berjalan pergi melihat ramai yang bertolakan aku berpegang pada
dinding. Kudrat ku masih kuat, kasin senior2 yang ditolak.
Saat itu aku tepandang 3 anak
muda Indonesia sebaya ku bergilir solat dengan mengepung orang bersolat jadi
aku terus membantu untuk membesarkan kepungan. Dan tika itu aku berpeluang untuk
solat dan kesesakan orang.
Sehabis solat kami dilarang
berada lama disitu. Ukhuwah yang seketika dengan mereka membuatkan rasa percaya
dan meminta mereka berdoa untuk berjumpa ibu.
Keluar dari masjid kelihatan mak
bersama ayah melambai trus deras titik jernih merembes keluar sambil berlari
memeluk ibu ayah tercinta. Saat itu terasa Allah sedang menguji cinta kami.
Syukur. Allah pereratkan lagi hati
kami untuk sentiasa menyayangi kerana Allah.
Ziarah sendiri guide by Ayah
Keesokannya Ayah bercadang
menyewa van besar untuk ziarah kami. Ingin menziarahi Universiti Madinah yang
lama ditinggalkan dan mengukir sejarah buat ayah.
Syukur, Masjid 7 dan masjid qiblatain
juga kami lawati sendiri.
Jadi selesailah tempoh kami berada di
Madinah yang terasa begitu sekejap. Alhamdulillah atas nikmat yang Engkau beri.
Kelak kamek sambung- part 2 di
Mekah. InsyAllah